Laman Utama

“Tak Puas Tengok Pesawat Live, Boleh Sambung Dekat Wayang” - Lepas Sambut Merdeka, Ramai Tengok Air Force The Movie

Mya Amri
31/08/2022
10:07 MYT
Kemeriahan sambutan hari Kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka yang berlangsung hari ini sememangnya meriah.
Tahun ini menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi.
Sudah pasti acara yang paling dinantikan ramai adalah pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Antaranya dibarisi lima pesawat pejuang Sukhoi SU 30 MKM yng diterbangkan dengan kelajuan 500 kilometer sejam, selain dua pesawat F-18D Hornet dan empat BAE Hawk.
Bagaimanapun pertunjukan hebat itu ternyata tidak puas ditonton dan ada yang mengambil keputusan untuk menyambungnya dengan menonton filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam.
Melihat komen-komen di Twitter, rata-ratanya memberikan sokongan padu kepada Air Force The Movie selain menyatakan rasa bangga melihat semangat dan keberanian pahlawan negara mempertahankan tanah air.
"Sapa tak puas tengok lintas langsung pesawat dalam TV tadi boleh serang panggung wayang dan tonton #airforcethemovie #selagibernyawa," kata Layla
"Lepas sambut merdeka kita layan Air Force Selagi Bernyawa pulak mantap habis cerita tu. #airforcethemovie" - tulis Norelleza.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

'Abang PDRM UTK' Pula Tambat Hati Netizen, Single Lagi Ker?”

gempak
01/09/2023
07:50 MYT
Wah Abang PDRM UTK pula viral!
Laman Utama

Sempoi! Peserta Perarakan Sempat Keluar Perbarisan Sebab Nak Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
01/09/2023
04:50 MYT
Memang sempoi
Laman Utama

VIDEO: Tanggal 31 Ogos Versi Hoondo Tular, Menyanyi Acapella Siap Bertanjak

gempak
31/08/2023
23:55 MYT
Powerlah Hoondoo, memang best dengar.
Laman Utama

Adaptasi Kisah Sebenar, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Sempena Merdeka! - "Terubat Rindu Dapat Dengar Suara ..."

gempak
31/08/2023
07:55 MYT
Salah satu usaha murni pempengaruh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina.
Laman Utama

Abang-Abang Bomba Viral Lagi, Kali Ni Tayang Sepanduk 'Sayang Kamu Ketat-Ketat'!

gempak
31/08/2023
04:25 MYT
Semangat semua masing-masing menjerit tengok abang bomba!