TERKINI

Tak Putus Asa! Nina KSC Tetap Berusaha Hafal Ayat Suci Al-Quran Demi Jayakan Watak - “Kadang-Kadang Saya Akan…”

Ainun Md Zooki 22/06/2025 | 21:55 MYT
Pelakon, Nina KSC mengakui pernah menghafal ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjayakan salah satu babak dalam sebuah drama tempatan.

Menurut Nina atau Nina Kho Siew Ching, 33, babak itu menjadi satu cabaran terbesar buatnya memandangkan dia bukan pelakon beragama Islam.

“Saya rasa ada satu drama yang saya kena baca doa yang ada dalam Al-Quran itu yang sangat susah. Bagi saya, bila saya fikir dialog saya dia akan kacau performance saya untuk berlakon,” katanya kepada Gempak.


Nina berkata demikian ketika menghadiri majlis tayangan dan sidang media Astro Originals Honey Trap yang berlangsung di TGV Cinemas, KLCC, baru baru ini.

Bagaimanapun, Nina tetap berusaha sebaiknya untuk menghafal ayat suci tersebut dan cuba mendapatkan bantuan daripada kru produksi atau rakan-rakan Muslim di set penggambaran.

“Kadang-kadang saya akan tanya kru produksi yang beragama Islam atau kawan-kawan Melayu saya supaya mereka bantu saya baca ayat Al-Quran itu dengan sedap dan betul.


“Bukan mudah, tapi saya akan terus berlatih,” jelasnya.

Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu juga berkongsi dia pernah membintangi sebuah filem yang memerlukan dia bertutur sepenuhnya dalam loghat Kelantan.

“Saya juga pernah buat satu filem yang perlu saya cakap dalam bahasa Kelantan. Memang susah, tapi saya anggap itu sebahagian daripada proses pembelajaran,” kongsinya.


Justeru, Nina percaya sebagai pelakon, seseorang perlu sentiasa bersedia mencabar diri agar kekal relevan dan berdaya saing dalam industri seni tanah air.

“Sebagai seorang pelakon, saya perlu jadi multi-talented supaya saya boleh dapat banyak peluang untuk berlakon dalam pelbagai jenis produksi di Malaysia,” katanya.

BERITA BERKAITAN: Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”

BERITA BERKAITAN: Nina Kho Dibuli Gara-Gara Berdarah Kacukan, Sepupu Terdekat Jauhkan Diri - “Saya Menangis Kerana…”

BERITA BERKAITAN: "Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”

BERITA BERKAITAN: Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”

#AlQuran #Usaha #Baca #Nina KSC