Skip to main content

Budaya Popular

Nina Kho Dibuli Gara-Gara Berdarah Kacukan, Sepupu Terdekat Jauhkan Diri - “Saya Menangis Kerana…”

astro_gempak_nina-kho-dibuli-sebab-berdarah-kacukan.png

“Kebanyakan mereka yang berbangsa Cina mempunyai mata yang sepet tetapi saya mata besar dan bibir pula tebal.

Namun, Nina menyifatkan bahawa konsep kecantikan bersifat subjektif apabila dia sedar sudah meningkat dewasa.

“Apabila semakin dewasa, saya banyak ke luar negara dan mereka sering cakap saya mempunyai kecantikan yang unik.

“Dari situ saya sedar sebagai seorang perempuan yang pernah kena kritik, sebenarnya bukan kita tidak bagus tetapi berada di tempat salah. Kalau ada di tempat yang ‘betul’, kita akan dihargai,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Nina menasihatkan orang ramai agar tidak berdiam diri jika berdepan dengan masalah buli.

“Saya percaya kalau kita dilayan dengan tidak adil, kita kena bersuara. Kita tidak boleh benarkan orang buli.

“Sebab dulu saya macam itu (diam), sampai menangis kerana tidak berani nak beritahu ayah saya sebab takut mereka risau,” kongsinya.

Must-Watch Video

Advertisement