BERITA

“Tak Putus, Kena Tinggal”- Zul Ariffin Dedah Kisah Pertama Kali Putus Cinta

Syafiqah Jalal 06/08/2018 | 04:45 MYT
Aktor berbadan sasa, Zul Ariffin mendedahkan telah ditinggalkan kekasih ketika pertama kali bercinta.

Menurut Zul Ariffin ia berlaku ketika zaman ‘cinta monyet’ yang dilaluinya di alam persekolahan.

Kisah itu didedahkan selepas Zul perlu menjawab salah satu soalan yang ditujukan kepadanya ketika berkunjung ke konti Era baru-baru ini.

Era memberi peluang kepada peminatnya bertanya apa jua soalan kepada pelakon Hantu Kak Limah itu.

Salah satu soalannya seperti “Masa umur berapa Zul putus cinta for the first time?”

Zul dengan tenang menjawab dia tidak ingat namun yang pasti dia ditinggalkan kekasih.

“Ini saya tak tahu nak jawab, tapi apa yang pasti berlaku ketika saya bersekolah di tingkatan 3 atau 4 begitu.

“Tak putus pun, kena tinggal,” jawabnya.

Jawapannya itu telah mendapat perhatian peminatnya yang memuat naik video jawapan Zul dalam akaun Instagram peminatnya di @zulariffin_lovers

Rata-rata berpendapat ia lucu dan cara Zul menjawab itu kelihatan comel.

Foto: IG @zulariffin / @zulariffin_lovers
#pelakon #Bercinta #Putus Cinta #Zul Ariffin #Pelakon