Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod orang minyak pada malam tadi.

Dalam episod kali ini, anak-anak dara orang kampung diganggu dengan kehadiran orang minyak yang dilakonkan oleh Shuk Sahar.

Abang Shuk merupakan seorang penduduk lama Kampong Pisang yang datang semula ke kampung itu menjadi orang minyak bagi melengkapkan ilmu halimunan yang sedang dituntut.

Anak Barkoba iaitu Cempaka, anak Cik Nab, Cik Chun dan Yah Kuchai antara yang diganggu sehingga membuatkan orang kampung berkumpul di dewan orang ramai bagi tujuan keselamatan.

Meninjau ke ruangan Twitter, ramai wargamaya yang berhibur melihat aksi Yah Kuchai atau lebih dikenali sebagai ‘gadis mee kari kuah laksa’.

“The mee kari kuah laksa girl is funny AF on episode 5! Bangang amat #kampongPisangBersiriSiri Ada X di muka haha,” komen seorang wargamaya.

“Only #KampongPisangBersiriSiri cheer up my monday night! #MamatKhalid,” ujar seorang wargamaya.

“Aku terajang jugak Yah Kucai ni nanti #kampongpisangbersirisiri,” kata seorang wargamaya.

“Alahai YAH KUCHAI ni kan? Kena rasuk masih seksi wo! Takleh bayangkan kalau Jihan watak ni #kampongpisangbersirisiri,” tulis seorang wargamaya.

“ENGKO TENGOK LAH DIA NI, AKU TAK RELA TAK RELA TAPI MENGGEDIK DEPAN ORANG MINYAK HAHAHA #KampongPisangBersiriSiri,” komen seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).