Hiburan
"Tak Sabar Nak Meet & Greet With You!" - Sarah Hildebrand Lancar Kelab Peminat
Sarah Hildebrand mungkin sudah dapat move on dengan kisah peribadi cinta yang tak kesampaiannya.
Tidak hanya mahu menunggu, Sarah mula melancarkan kelab peminat sendiri untuk memastikan peminat-peminatnya dapat bertemu dan menjalankan aktiviti bersama.
Pada satu entri di Instagramnya, Sarah mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang sering menyokong dan meninggalkan komen-komen yang baik di Instagram miliknya.
"Thank you for all your supportive and loving comments. Sayang korang.
"Saya akan launch fan club @hello.hildefriends insya-Allah tak lama lagi," tulis Sarah.
Sarah turut meminta peminat-peminatnya untuk mengikuti Instagram @hello.hildefriends sebagai kelab peminat.
"Tak sabar nak meet and greet with you!" tulis Sarah lagi.
Kredit Gambar: Instagram