Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sampai 2 Bulan Beri Bayangan Mahu Berpisah, Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil

Izwan Isa
26/12/2023 00:55 MYT
Desas-desus mengenai rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan dua isterinya, Ain Afini serta Hana Azraa yang dikatakan sedang retak pernah menjadi bualan beberapa bulan lalu.

Menerusi laporan Gempak pada Oktober, Abu Sufyan atau PU Abu mengaku yang dia dan dua isteri bakal membawa haluan masing-masing.

BERITA TRENDING: Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Dua Isteri, Ini Respons PU Abu

PU Abu berkata, seperti apa yang dikongsikan di media sosial, dia dan dua isteri bersepakat mahu membawa haluan masing-masing akibat kemelut rumah tangga yang dihadapi hampir enam tahun.

Namun, lain pula ceritanya apabila Hanna dilihat memuat naik sepotong video di Instagram yang memperlihatkan dirinya mengunjungi sebuah pusat perubatan di Kedah.

A post shared by @hanaazraa


Selain itu, kelihatan bahagian perut Hanna sedikit besar, menguatkan dakwaan netizen yang wanita itu kini sedang hamil.

Hanna juga menulis kapsyen yang memberi bayangan bahawa akan ada satu ‘anugerah’ yang bakal datang kepadanya.

Meninjau ruangan komen, ramai menebak wanita itu kini sedang berbadan dua, tidak kurang mendoakan hal yang baik buat dirinya.



Untuk rekod PU Abu bernikah dengan Ain pada 2018 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan 'Afi dan Siti Khadijah.

PU Abu kemudian berkahwin kali kedua dengan Hana pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Uwais Al-Mateen.

BERITA TRENDING: Baby Shima Failkan Saman, Ini Respons PU Syed - “Adakah Ini Satu Musibah Atau Anugerah Yang Allah…”

Sebelum itu, Hana yang pernah bergelar ibu tunggal dan memilki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertama.

Sumber: Instagram

#PU Abu #Hana Azraa
;