Laman Utama

Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Dua Isteri, Ini Respons PU Abu

gempak
Asyikin Mayudin
17/10/2023
02:37 MYT
Sponsor Banner
Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Dua Isteri, Ini Respons PU Abu
Rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa dipercayai bakal berakhir.
Abu Sufyan ketika dihubungi Gempak pada Selasa, mengesahkan dia dan dua isterinya bakal membawa haluan masing-masing selepas ini.
“Bawa haluan masing-masing. Apa-apa saya akan update dalam media sosial saya. Untuk setakat ini, itu sahaja yang saya boleh maklumkan,” kata Abu secara ringkas kepada Gempak.
Abu menjawab pertanyaaan mengenai perkongsiannya di Instastory yang seakan-akan memberi bayangan bakal berpisah dengan dua isterinya.
Menerusi perkongsian di Instastory, Abu memberitahu keputusan itu dibuat selepas mendapat kata sepakat untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga selama hampir enam tahun.
“Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.
“InsyaAllah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami. Ini adalah keputusan kami bertiga setelah cubaan demi cubaan yang dilalui oleh masing-masing.
“Demi kebaikan semua pihak. Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama hampir enam tahun ini,” kongsi Abu.
“Terima kasih yang PM dan mendoakan yang baik, tak kurang juga pada mereka yang mash meninggalkan kata yang tidak baik. Di mana silapnya? Saya silapnya.
“Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara. Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing. Jangan risau, ini adalah keputusan bersama.
“Anak-anak? InsyaAllah semuanya akan baik, anak tetap anak,” ujarnya lagi.
BACA SINI: Hana Azraa Buat U-Turn, Pilih Untuk Terima Kembali PU Abu - “Saya Jadi Trauma Sebenarnya…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live