Tak Sampai 48 Jam, Akaun Instagram Baby Girl Jep Sepahtu & Sari Yanti Raih Hampir 80,000 Pengikut

Kamaruddin Razal
Mei 4, 2018 13:56 MYT
Akaun Instagram milik anak pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti, Dariya Inara yang baru sahaja dibuka meraih hampir 80,000 pengikut.
BACA: Sari Yanti Selamat Melahirkan Anak, Jep Sepahtu Kini Bergelar Bapa
Tak sampai 48 jam akaun tersebut dibuka, jumlah pengikut akaun Instagram tersebut bertambah setiap saat.
Setakat ini, Jep dan Sari turut berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.
BACA: "Comelnya Baby Girl!" - Dedah Wajah Anak, Jep Sepahtu & Sari Yanti Pilih Nama Dariya Inara
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Dariya dan mendoakan agar permata hati Jep dan Sari ini dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak solehah satu hari nanti.
BACA: "Ingatkan Dia Keluar Hari Pertama Ramadan, Rupanya..." - Buka Akaun Instagram Anak, Sari Yanti Kongsi Pengalaman Bersalin
Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Dariya, Jep & Sari
#pelakon #Jep Sepahtu #Sari Yanti #Pelakon