“Tak Sanggup Nak Tengok Cermin, Waktu Ni Berat Mengandung 90 Kg”- Lufya Omar

Mya Amri
November 9, 2018 10:45 MYT
Pelakon Lufya Omar mengimbas kembali memori sewaktu mengandungkan anak sulungnya, Laana Haura tahun lalu.
Lufya berkongsi momen itu menerusi foto throwback yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.
Kata Lufya, pada ketika itu berat badannya telah mencecah 90 kg.
“Throwback picture taken last year. Masa ni Laana Haura dah tak sabar nak keluar dah. Muka kaki segalanya la dah bengkak.
“Tak sanggup nak tengok cermin masa ni. Last berat Lufya mengandung 90kg tau! Percaya tak?
“Syukur Alhamdulillah slowly dah turun tapi belum capai berat masa belum kawin dulu. Mulut tak boleh nak zip haha.
“Saja throwback gambar Baby Shower last year sebab our Princess Laana Haura dah almost setahun Ahad ni. Wow! Cepatnya masa berlalu,” tulisnya.
Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura yang kini berusia 11 bulan.
Foto: Instagram @lufyalaana
#pelakon #Lufya Omar #Pelakon #Laana Haura