Tak Sangka Ada Juga Orang Thai Ingat Saya Kacukan Thailand - Jasmine Suraya

Mya Amri
Ogos 31, 2017 05:55 MYT
Memiliki wajah cantik persis selebriti Thai membuatkan pelakon Hero Seorang Cinderella, Jasmine Suraya disangka sebagai warganegara Thailand.
Kata Jasmine, dia agak terkejut kerana orang Thai sendiri yang menyangka dirinya mempunyai darah kacukan Thailand.
Perkara itu berlaku ketika dia hadir menonton perlawanan di antara skuad Harimau Muda vs Thailand dalam perlawanan final bola sepak yang berlangsung pada Isnin.
Jasmine juga berkongsi swafotonya menerusi akaun instagram beserta kapsyen ringkas semalam.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Jasmine juga turut diusik oleh pengikutnya.
@nixamrahman: Thailand nak claim awak orang Thai ke? Aduhhhh.
@ernisah_rane_: Akak Jasmine memang serupalah dengan orang Thai.
Foto: Instagram Jasmine Suraya
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Sukan SEA 2017 #Jasmine Suraya