Kumpulan hip hop popular, K-Clique tidak menyangka single terbaru mereka yang berjudul Merais mendapat sambutan hangat peminat.

Dilancarkan pada 17 Julai lalu, lagu Merais mendapat lebih 3.2 juta tontonan serta masih berada di kedudukan ke-19 carta trending YouTube.


"Kami pun tidak sangka dengan sambutan ini, masih ramai lagi yang meminati lagu K-Clique. Biarpun sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa isu, tak sangka masih ramai peminat yang sokong.

"Merais bermaksud mengumpul. Jadi, semua anggota K-Clique mengumpul segala kisah perjalanan hidup kami dan dihimpunkan menjadi sebuah lagu.

"Seperti single-single sebelum ini, kami berharap lagu terbaru ini dapat diterima ramai dan digemari, Insya-Allah," kata Tuju mewakili kumpulan K-Clique.

Selain Tuju, K-Clique turut dianggotai oleh MK, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Tambah Tuju lagi, anggota-anggota K-Clique yang masih menetap di Sabah akan mula berhijrah ke Kuala Lumpur bagi melancarkan kerjaya seni mereka.

"Ada yang masih menetap di Sabah. Bagi memantapkan lagi perjalanan kerjaya seni kami sebagai satu kumpulan, kami sudah merangka perancangan membawa semua ahli lain tinggal di Kuala Lumpur.

"Kami mempunyai gerak kerja dan beberapa plan untuk melancarkan lagi kerjaya seni kami jadi perkara terbabit menjadi satu titik tolak untuk kami mencapai apa yang diimpikan," katanya lagi.

[UPDATE] MALAM PERASMIAN ATSKY DINE CHILL AND EVENT . 24-07-2020 JUMAAT

A post shared by ATSKY (@atskydamansara) on

[UPDATE] MALAM PERASMIAN ATSKY DINE CHILL AND EVENT . 24-07-2020 JUMAAT

A post shared by ATSKY (@atskydamansara) on

[UPDATE] MALAM PERASMIAN ATSKY DINE CHILL AND EVENT . 24-07-2020 JUMAAT

A post shared by ATSKY (@atskydamansara) on


Tuju ditemui bersama seorang lagi anggota K-Clique, MK pada majlis pembukaan rasmi Atsky Dine Chill And Event di Kota Damansara, baru-baru ini.

Majlis pembukaan Atsky Dine Chill And Event dirasmikan oleh pengacara popular, Datuk AC Mizal di samping pengarah urusannya, Ali Ikhwan Mohd Noordin.



Restoran yang boleh memuatkan 500 pengunjung itu terletak di atas bumbung itu menyediakan menu hidangan tempatan serta antarabangsa yang lazat dan orang ramai akan makan sambil diiringi oleh persembahan busking menarik.