Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Sangka, Muka Nampak Baik” - Peminat Terkejut Taeil Terlibat Kes Jenayah Seksual, SM Entertainment Terus Umum Keluar NCT

Gempak
29/08/2024 14:55 MYT
Anggota Kumpulan K-Pop terkenal, NCT iaitu Taeil didakwa terlibat dengan kes jenayah seksual.

Malah agensi kumpulan berkenaan iaitu SM Entertainment juga bertindak secara drastik dengan mengumumkan mengenai pengunduran diri Taeil dari NCT selepas berita itu dilaporkan.

“Kami baru-baru ini mengetahui bahawa Taeil telah didakwa dalam kes jenayah yang berkaitan dengan kesalahan seksual.


“Semasa kami menilai fakta-fakta berkaitan dengan perkara ini, kami menyedari betapa seriusnya situasi tersebut dan memutuskan bahawa Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktiviti dengan kumpulan NCT.

“Setelah berbincang dengan Taeil dan memutuskan supaya dia meninggalkan kumpulan ini. Taeil bagaimanapun akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan polis. Kami akan berikan kenyataan lanjut selepas ini,” jelas wakil agensinya.

Dalam kenyataan yang sama, SM Entertainment juga turut memohon maaf atas isu melibatkan Taeil.

“Kami memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan artis kami,” ujarnya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan pendedahan sikap sebenar idola K-pop itu dan berasa kecewa selepas mendengar penjelasan yang diberikan.

Namun, mereka bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh pihak agensi untuk mengeluarkan Taeil dari NCT.

Antara komen yang diberikan adalah:

“Oh, betullah ni? Terkejut ya padahal muka nampak baik ja,”


“Sejujurnya saya agak terkejut dengan berita ini”

“Apa! Taeil lakukan jenayah seksual? Terkejut ya! Sumpah lepas ni kita jangan percaya dengan muka yang baik ini! Jijik,”

BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

BERITA TRENDING: Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

BERITA TRENDING: Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

BERITA TRENDING: Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

Untuk info, selain NCT, Taeil juga terlibat dalam sub-unit NCT, iaitu NCT U dan NCT 127.

Sumber: KimchiDaily, X


#K-Pop #NCT #127 #Taeil #U