,
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

Amri Hassan
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Aizat berkata, sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan dia nekad mencabar diri untuk membuktikan kemampuan dirinya sebagai pelakon.
“Saya memang minat dengan bidang lakonan dan tak sangka dapat tawaran terbabit dalam pementasan teater Andak Bertandak.
“Saya anggap peluang ini sebagai satu penanda aras untuk melihat sejauh mana kemampuan saya dalam lakonan.
“Saya sangat gementar untuk menunggu hari pementasan kerana proses yang perlu saya lalui nanti cukup berbeza dengan penggambaran drama. Tambah pula teater ini perlu ada daya ingatan yang kuat selain tenaga yang cukup untuk menjayakan watak diberi," katanya yang memegang watak sebagai doktor Zali.

BERITA TRENDING: Pernah Dilabel ‘Berwajah Awam’ & ‘Muka Biasa-Biasa’, Aizat Saha Tidak Cepat Melatah

Jadual padat

Biarpun terikat dengan jadual kerja yang padat, Aizat cuba memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan persembahan terbaik.
“Sebenarnya saya sedang sibuk dengan sesi penggambaran sebuah drama bersiri, tapi saya cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk menghadiri sesi latihan.
“Saya akui seronok dapat belajar banyak ilmu baharu dengan pelakon berpengalaman seperti Azhan Rani dan Ellie Suriaty.
“Walaupun adakalanya saya agak tertekan untuk menjayakan watak doktor Zali, tapi Azhan, Ellie dan pelakon lain sentiasa memberi tunjuk ajar,” katanya.
Teater Andak Bertandak dipentaskan pada 29, 30, 31 Ogos ini dan 1 September depan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC). Pementasan teater Andak Bertandak ini diarahkan oleh Azhar Zainal dan skrip oleh Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Selain Riena, teater itu turut membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.
Teater Andak Bertandak berkisarkan mengenai kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.
Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.
Biarpun bergenre 'farce comedy', teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

BERITA TRENDING: Kemunculan Datuk Seri Rossa dalam POV Aizat Saha Raih Perhatian Netizen

BERITA TRENDING: Terima Tawaran Berlakon MV Raya & Iklan, Aizat Saha Bersyukur Ramadan Serta Syawal Penuh Rezeki

BERITA TRENDING: "Aku Dah Popular Pun Sebelum Dia Popular" - Kelly Azman Nafi Tumpang Glamor Aizat Saha

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.