Hiburan
Misha Omar Nafi Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda - “Jangan Risau Okay”
Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan laporan seorang penyanyi wanita kelahiran Kelantan ditangkap kerana memiliki pil kuda.
Bukan Misha
Penangkapan tersebut menyaksikan penyanyi itu ditahan bersama lima individu lain bersama ribuan pil kuda oleh pihak polis Thailand di Sungai Golok.Sebaik berita tersebut dilaporkan dengan tajuk ‘Penyanyi Wanita Tersohor Kelantan ditahan bersama pil kuda’ ramai peminat mengesyaki identiti penghibur itu sebagai Misha Omar.
Paling menarik, Misha menjawab persoalan dan kebimbangan peminat tentang berita tersebut di Instagram Story miliknya dengan santai.
Sambil meletakkan tajuk berita yang membuat namanya ‘panas’ hari ini, Misha menjawab keraguan khalayak.
“Terima kasih pada yang bertanya Kak Mitch ok ke tak?
Pelantun Sampai Bila itu juga tidak melancong ke Thailand atau destinasi lain dan hanya berada di Kuala Lumpur bersama keluarga.“Itu bukan saya, jangan risau okay?”,jawabnya santai.
Penafian tersebut membuat peminat lega kerana penyanyi kesayangan mereka itu ‘bersih’ dan dipercayai tidak akan terlibat dengan penggunaan barangan terlarang sekaligus membuat dirinya terjebak dalam masalah.
Misha Omar, 42, adalah penyanyi yang cukup terkenal lahir di Kelantan yang telah mencetak banyak kejayaan menerusi lagu-lagu nyanyiannya.
Antara lagu hit miliknya adalah Pulanglah, Bunga-Bunga Cinta, Sembunyi dan Masihkah Ada Rasa Cinta Itu.
Pada masa sama, Misha melayan peminat di platform sama dengan meminta mereka bersedia menghafal lagu-lagu miliknya kerana beliau bakal mengadakan persembahan solo dalam waktu terdekat.
Must-Watch Video