Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Tak Sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar" - Ismail Sabri

Firdaus
15/02/2024 12:30 MYT

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob memaklumkan bahawa dirinya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, beliau memberitahu dirinya telah pun menerima kad pelajar.

BERITA TRENDING: "Cadangan Mansuh Pencen Turut Terpakai Kepada Ahli Politik" - PM Anwar

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)


Sekadar info, Ismail Sabri sebelum ini pernah menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang.

Beliau dilantik sebagai perdana menteri Malaysia yang kesembilan selepas peletakkan jawatan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, tempoh pentadbirannya tidak lama selepas gabungan Perikatan Nasional yang mendukung pentadbirannya gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum, tahun lalu.

 

#Universiti #Belajar #Pelajar #Ismail Sabri #UUM