Laman Utama

Tak Sedar Diri Popular, Prilly Latuconsina Beri Nombor Telefon Pada Peminat

gempak
Maliah Surip
12/08/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Sedar Diri Popular, Prilly Latuconsina Beri Nombor Telefon Pada Peminat
Bintang filem dan pelakon Prilly Latuconsina menceritakan pengalaman lucu sewaktu dirinya awal terbabit dengan dunia seni.
Salah satu kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Prilly adalah sikapnya yang tidak kisah memberikan nombor telefon peribadi kepada peminat atau sesiapa sahaja yang memintanya.
Prilly beranggapan dia hanya seorang pelakon yang sibuk berada di set penggambaran.
Tanpa disedari, pada waktu itu dirinya sudah popular dan sangat terkenal lewat sinetron yang dimainkan Ganteng Ganteng Serigala.
“Waktu itu saya hanya sibuk di lokasi penggambaran. Jadi ada yang minta nombor telefon peribadi, saya beri sebab tak fikir sekecil apapun perlakuan atau tindaka saya saat itu memang sedang diperhatikan.
“Saya tak sedar saya popular sebab walaupun berlakon, saya tidak menonton naskhah lakonan itu,” akui Prilly seperti dilaporkan Kompas.
Namun aktres tersebut akhirnya sedar dirinya popular selepas menonton diri sendiri di televisyen dan sering ‘dikejar kejar’ masuk ke program infoteinment.
“Lepas tengok diri sendiri ada di sana, di sini, di tv semua, baru saya sedar diri dikenali. Dan sejak itu baru saya sedar banyak perkara yang perlu dibatasi agar tidak menjadi bahan pemberitaan,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024