Laman Utama

Tak Sedia Bercinta, Amir Hasan Dahulukan Tanggungjawab Pada Ibu

gempak
Asraf Aided
23/04/2021
09:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Sedia Bercinta, Amir Hasan Dahulukan Tanggungjawab Pada Ibu
Penyanyi dan bintang Big Stage 3, Amir Hasan akui masih tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana gadis setakat ini.
Menurut Amir, 25, dia mahu menumpukan lebih perhatian kepada ibunya, Malezah Abd Malek terutama sejak kehilangan bapa, Allahyarham Abu Hasan Abdul Aziz tahun lalu.
"Buat masa ini, saya memang tak mahu bercinta lagi, lebih baik saya tumpukan perhatian kepada ibu saya, sejak dia kehilangan suami.
"Saya pula anak tunggal, tiada adik beradik lain, sudah tentu taggungjawab itu lebih besar untuk saya laksanakan," katanya kepada Gempak.
Tambah Amir, dia hanya akan memikirkan soal cinta setelah merasakan tanggungjawab yang diberi kepada ibunya betul-betul memuaskan hati.
"Saya masih muda dan masih berusaha untuk terus memajukan diri, sekarang saya akan usaha sebaiknya dalam kerjaya saya.
"Apabila saya puas hati dengan tanggungjawab yang diberikan kepada ibu saya nanti, barulah saya akan fikir soal cinta dan meneruskan tanggungjawab sebagai anak itu selagi punya peluang dan rezeki dari Allah SWT.
"Usia saya pun masih muda, jadi saya harap segala perancangan saya berjalan lancar, doakan yang terbaik ya!" katanya menutup bicara.
Terdahulu, bapa Amir menghembuskan nafas terakhir pada 5 Mei 2020 akibat mengalami kanser limfoma.
BACA: "Dugaan Ini Amat Berat..." - Bapa Amir Hasan Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live