Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir mengimbas kembali waktu ketika dia menyertai pertandingan D'Academy Asia di Indonesia beberapa tahun lalu.

Menurut Shiha, pengalaman ketika konsert final pertandingan tersebut banyak memberi pengajaran kepadanya.

"Final D'Academy Asia merupakan satu pengalaman yang saya tak akan lupakan, banyak pengajaran buat diri saya sendiri.

"Sepanjang tempoh bertanding, memang saya jaga kesihatan sebaiknya, minum banyak air, vitamin C hari-hari tak pernah tinggal dengan harapan dapat beri yang terbaik di pentas final," kongsinya di Instagram.



Meskipun sudah menjaga kesihatan dengan baik, Shiha telah mengalami masalah sakit tekak yang membuatkan dia hilang suara ketika menjelang konsert akhir.

Namun begitu, penyanyi lagu Pipiyama ini akur dan menyedari bukan semua perkara yang dirancang akan berjalan sebaiknya.

"Tak semestinya apa yang kita rancang akan jadi seperti yang kita harapkan, di sinilah waktu kita diuji dan macam mana cara mahu menanganinya.

"Waktu itu saya hilang suara dan sakit tekak yang teramat, memang kecewa sebab sudah memasuki konsert akhir, tiba-tiba sakit dan tak dapat buat persembahan dengan baik," tulisnya lagi.



Tambah Shiha, diberi kebenaran untuk menarik diri di saat akhir, namun dia tetap menguatkan semangat untuk teruskan membuat persembahan.

"Walaupun saya diberikan kebenaran untuk tarik diri saat akhir, tapi demi Malaysia dan semua penyokong saya yang tak jemu-jemu bagi semangat, baik dari Indonesia, Singapura dan Brunei, saya teruskan juga buat persembahan," tambahnya.

. Korang kena tengok sampai habis tau ? . Final D’Academy Asia merupakan satu pengalaman yang Shiha takkan lupakan.Banyak pengajaran buat diri shiha sendiri.Sepanjang bertanding,memang Shiha jaga kesihatan betul2,minum air banyak2,minum vit c,hari2 tak pernah tinggal supplement dgn harapan dpt bagi yang terbaik kalau ada rezeki ke pentas final . Tapi tak semestinya apa yang kita rancang akan jadi seperti yang kita harapkan.Kat sinilah waktu kita di uji & macamana cara kita nak handle.Time ni Shiha hilang suara & sakit tekak yang teramat.Frust tu memang frust sebab dah kat final,tiba2 sakit dan tak dapat deliver yang terbaik. Walaupun Shiha dibenarkan untuk tarik diri saat akhir,tapi demi Malaysia & semua penyokong Shiha yang tak jemu2 bagi semangat,baik dari Indonesia,Singapura & Brunei,Shiha teruskan jugak untuk perform. . Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha yg terbaik dan selebihnya hanya Dia yang tentukan mana yang terbaik buat kita.Sentiasa bersangka baik dan jangan mudah putus asa ?? . ? : @officialdior Make up : @bennusorumba . #ShihaSing #DacademyAsia

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Terdahulu, Shiha telah mewakili Malaysia untuk pertandingan D'Academy Asia di Jakarta, Indonesia pada tahun 2015.

Meskipun mengalami masalah kesihatan ketika konsert akhir, pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir ini tidak pulang dengan tangan kosong kerana telah menyandang tempat ketiga.