Hiburan

"Tak Sempat Nak Tukar Tetiba Saya Dapat Mesej Ni ..." - Wany Hasrita Hampir Ditipu 'Scammer'

gempak
Zulaikha Yusof
11/11/2019
01:36 MYT
Sponsor Banner
"Tak Sempat Nak Tukar Tetiba Saya Dapat Mesej Ni ..." - Wany Hasrita Hampir Ditipu 'Scammer'
Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan telah menerima panggilan telefon daripada penjenayah siber yang cuba menipu dengan mengambil wang simpanannya.
Jelas Wany, pada mulanya dia menerima dua kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali namun telah disekat olehnya.
"Mula-mula dapat WhatsApp, hai encik, saya nak minta tolong, urgent."
"Biasanya saya nombor tak dikenali, tengok gambar tak kenal saya terus block.
"Lepas tu, dapat WhatsApp call dari nombor tak dikenali, saya tak angkat. Dia WhatsApp dia cakap, salam."
"Lepas tu, saya dapat phone call dari nombor ini. Saya angkat dia cakap dia nak minta tolong, dia tersalah masukkan nombor telefon untuk bayar PTPTN dia.
"Pada masa yang sama saya dapat mesej TAC request! Terus saya letak. Sebab dah rasa eh lain macam," tulis Wany.
Tambah pelantun lagu Terlalu Memuja ini, dia tidak sempat untuk menukar kata laluan akaunnya kerana menyedari pemindahan wang sudah dibuat.
"Lepas tu, terus saya log in Maybank2u saya guna apps macam biasa, dia tak boleh detect dah.
"Lepas tu terus saya call customer service Maybank sesambil tu try log in macam biasa kat Safari dan nak tukar password.
"Tak sempat nak tukar tetiba saya dapat mesej ini. Ewah banyaknya bayar Unifi tu," tulisnya lagi.
Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini turut menasihatkan semua pihak supaya tidak melakukan perkara sama sepertinya.
"Terus orang customer service tu reset balik semua. Terima kasih abang Maybank. Tolong buatkan sekali report kat Unifi.
"So, korang semua hati-hati ya, bila dapat call macam tu terus letak pi tukar kata laluan kome sebab depa dah boleh access kome punya account. Atau terus call customer service.
"Lepas tu kalau boleh account favourite yang tak perlu TAC tu tak payah la buat sekali dengan bil macam saya. Yang trusted je okay!
"So bila depa tak dapat TAC nombor dari kita, depa marah. Pastu depa perabihkan duit dalam account kome, macam mana nak perabih?
"Depa transfer la kat akaun favourite korang tu sebab tak perlu TAC," luahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live