Setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza-beza dan hal ini dapat dilihat menerusi kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun KWSP oleh rakyat Malaysia.

Ada yang membayar hutang dan ada juga menggunakan wang tersebut untuk memudahkan urusan harian. Begitulah yang berlaku pada sebuah keluarga yang menggunakan wang tersebut bagi membeli kereta terpakai jenis Perodua Kancil.

Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh keluarga berkenaan, dia dan suaminya mengakui berasa sangat bersyukur kerana keluarga mereka mampu memiliki sebuah kereta selepas sekian lama menggunakan motosikal.

“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta.

“Saya anak dua baru merasa ada kereta, sebelum ini pergi mana-mana naik motor dengan panas-panas, bila anak nak suus terpaksa duduk tepi jalan buat susu dulu,” katanya.

Menerusi video berkenaan, individu terbabit berkata yang dia berapa gembira kerana melihat reaksi anak sulungnya yang teruja apabila dapat menaiki kereta baharu ketika pergi ke sekolah.

“Hari ini bermula lah hantar anak ke sekolah naik kereta, tengok muka anak sulung itu seronok saja,” kongsinya.

Perkongsian individu berkenaan menyorot banyak respons daripada netizen. Kebanyakannya memberi titipan doa kepada keluarga berkenaan agar semua urusan dipermudahkan.

Ada juga yang membandingkan pembelian keluarga berkenaan dengan mereka yang mengguna duit KWSP untuk tujuan yang kurang berfaedah.

“Tak semua dapat KWSP tu pergi beratur kedai emas… Ada banyak benda lain lagi untuk family tercinta.”

“Syukur Tuhan. Dapat KWSP tu ramai ja orang yang guna untuk repair rumah, repair kereta atau beli kereta. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.”