“Tak Semua Suka Lihat Kita Bahagia” - Elak Penyakit Ain, Elvina Pilih Kurang Kongsi Gambar Anak
25/09/2024 14:55 MYT
Pelakon, Datin Elvina Mohamad memilih untuk mengehadkan perkongsian mengenai keluarga di media sosial bagi mengelak penyakit ain.
Tak mahu baca komen negatif
Menurut Elvina atau nama penuhnya Norzalina Mohamad, perkara tersebut dilakukan kerana tidak mahu membaca komen negatif warganet yang menghina anak dan suaminya di ruangan komen.
“Dulu saya kerap kongsi tentang anak dan suami. Namun warga maya suka cari kesalahan. Saya jadi malas nak kena jelaskan setiap perkara kepada mereka.
“Anak-anak saya pun pernah jadi bahan kecaman sedangkan cara kita besarkan anak semuanya berbeza. Sebab itulah saya pilih kurangkan perkongsian di media sosial.
“Bila muat naik tentang diri, setidaknya kecaman itu hanya tertuju kepada saya seorang. Tidak terkena pada anak dan suami.
“Suami saya sampai pernah kena darah tinggi sebab baca komen,” jelasnya ketika ditemui Gempak di majlis tayangan perdana dan sidang media drama Ternyata Sebuah Bahagia di GSC Mid Valley Megamall pada Isnin.
BERITA TRENDING: Permintaan Drift Ditolak IshowSpeed,
BERITA TRENDING: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer
BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan
Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu juga akui kini dia semakin berhati-hati untuk membuat hantaran di media sosial dan hanya berkongsi mengenai kerjaya sahaja.
“Tidak semua suka melihat kita bahagia. Jadi saya pilih untuk hadkan perkongsian di media sosial.
“Kalau mahu berkongsi pun tentang acara tertentu seperti majlis sambutan hari lahir anak. Platform saya banyak tentang kerja.
“Jika kongsi terlalu banyak pun tidak bagus. Apa yang saya tunjuk di media sosial hanya 20 peratus tentang saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Elvina bakal membintangi sebuah drama kekeluargaan Tenyata Sebuah Bahagia sebagai Rhea.
Drama yang mengisahkan cabaran rumah tangga dan kecurangan dalam perkahwinan ini bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria.
Turur sama menjayakan drama 40 episod ini ialah Zamarul Hisham, Che Puan Sarimah Ibrahim, Lorenzo Irmann dan Myra Afrina.
Sekadar info, Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Karl Mateen, 3.