Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Tak Solat Tapi Puasa, Hanya Mendapat Lapar & Dahaga" - Ini Peringatan Abby Abadi

Rozaimi Zubaidi 28/05/2019 | 03:11 MYT
Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi tampil memberi nasihat kepada pengikutnya di media sosial supaya sentiasa menjaga solat.
Menerusi entri di Instagram (IG), Abby berharap agar orang ramai dapat berusaha untuk menjauhkan diri daripada neraka dengan memperbanyakkan amalan.
"Ramadan bulan keberkatan. Awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya, dibebaskan dari api neraka.
"Jadi marilah sentiasa beringat dan berusaha untuk dijauhkan dari neraka Allah. Solat 5 waktu wajib jaga. Pastu puasa. Tak solat tapi puasa, hanya mendapat lapar dan dahaga.
"Pada Sahabat-sahabat yang masih terus berniaga, kuatkan semangat. Bukan untuk cari rezeki je tapi untuk amal ibadat juga. Jaga solat, jaga aurat.

Hari Seronok Sedunia ❤️? Tidur baring, tidur baring je kami hari ni.. @daiyandayana . Inilah kebahagiaan Bila Mama Abah Tak tinggal kami pergi kerja Sebab Mama Abah dah cuti raya yey! . Cukuplah Mama Abah ye Ramadhan bulan keberkatan. Awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya, dibebaskan dari api neraka" . Jadi marilah sentiasa beringat & berusaha utk dijauhkan dari neraka ALLAH. Solat 5waktu wajib jaga. Pastu puasa. Tak solat tapi puasa, hanya mendapat lapar dah dahaga ? . Ps: Pada Sahabat2 yg masih terus berniaga, kuatkan semangat. Bukan utk cari rezeki je tp utk amal ibadat juga. Jaga solat, jaga aurat. Dpt rezeki lebih, pejam mata je sedekah.. jgn kedek k. Sedekah itulah antara penyelamat kita nnti k hehe.. oklah sekian peringatan utk diri sendiri & yg memerlukan peringatan bersama. Kami masih di JB ni, kat mana ye tempat menarik utk berbuka?? Info pleaseeee! ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

"Dapat rezeki lebih, pejam mata je sedekah. Jangan kedekut k. Sedekah itulah antara penyelamat kita nanti k hehe.
"Oklah sekian peringatan untuk diri sendiri dan yang memerlukan peringatan bersama," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abby, malah ada juga mengakui mereka sering berpuasa namun meninggalkan solat lima waktu.
Untuk rekod Abby telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
#pelakon #Abby Abadi #Pelakon
;