Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Suka Anak Makan Di Luar, Ibu Mahu Heechul Super Junior Kahwin Sebelum Usia 40 Tahun

Mya Amri
26/08/2019 15:15 MYT
Ibu kepada anggota kumpulan K-Pop popular, Super Junior Heechul meluahkan hasrat untuk melihat anaknya berkahwin.

Menurut ibunya, dia tidak gemar melihat anak kesayangannya itu kerap makan di luar selain berharap dapat mengubah perangainya yang suka bermain permainan video online.

“Saya mahu dia berkahwin sebelum usianya mencecah 40 tahun. Apabila saya melihat selebriti lain saya rasa masa dan usia mereka berlalu dengan begitu pantas sekali.

“Kalau boleh biarlah dia berkahwin secepat mungkin, bukan apa, sebagai ibu saya tidak berapa gemar melihat dia makan di luar,” katanya.

Ibu Heechul berkata demikian dalam episod terbaru program variasi SBS berjudul My Ugly Duckling baru-baru ini.

Terdahulu, Heechul, 36, sebelum ini terkenal sebagai seorang yang sangat peramah dan amat disenangi selain mempunyai ramai rakan perempuan yang terdiri dikalangan selebriti.

#Artis K-Pop #Super Junior #Heechul