Lama berdiam diri, akhirnya pelakon Lufya Omar tampil mempertahankan diri susulan pelbagai dakwaan daripada bekas suaminya bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Mahu menjaga nama baiknya, Lufya mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh Dr hafiz dan seorang lagi individu itu sudah dimanipulasikan bagi menjatuhkan dan memalukan dirinya.

“Fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Selama ini saya diam dan tidak membela diri di atas apa sahaja kejadian. Saya sabar dan reda. Satu kesedaran yang saya nak kongsikan di sini ialah maruah, nama baik harus kita jaga.

“Jika tidak ia akan kerap kali berulang. Kita wajib membela diri apalagi jika kita di tempat yang benar. Laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial telah dimanipulasikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini (tanpa sokongan bukti) bagi menjatuhkan reputasi saya, memalukan dan memfitnah saya. Saya tidak boleh terima sama sekali,” katanya.

Menganggap laporan polis dan fitnah yang dilemparkan keterlaluan, Lufya mengakui tindakan dua individu tersebut telah menyusahkan dirinya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan menganggu kehiduoannya sebagai ibu tunggal.

“Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan menganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak.

“Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya menggangu dan memfitnah seorang aktris baru. Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan menggangu bekas suami yang juga teman lelaki aktris itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya.

“Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya. Saya hanya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat laporan katanya saya telah membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku. (Laporan tanpa bukti, cctv dan sebagainya),” ujarnhya lagi.

Sementara itu, Lufya berkata sudah mendapat surat pemberitahuan daripada pihak polis untuk membuka siasatan lebih lanjut kerana sudah tidak mampu lagi bersabar dengan gangguan daripada dua pihak tersebut.

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

“Saya tidak akan berdiam diri diatas fitnah yang kamu berdua lemparkan terhadap saya. Saya harap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap kes ini kerana saya sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang diberikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Harini saya ke Majistret Petaling Jaya selepas mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis untuk membuka siasatan lebih lanjut.

“Saya ingin mendapatkan pembelaan tentang kes yang saya anggap jenayah cyber buli,memfitnah, memalukan dan merosakkan reputasi saya dan anak. Semoga diberikan kemudahan untuk saya membela diri. Aamin. Sekian,” katanya.

Terdahulu, Dr Hafiz tampil mendakwa dirinya difitnah berhubung isu nafkah anak dan menegaskan kenyataan yang dibuat Lufya sebelum ini adalah palsu dan sama sekali tidak benar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Hafiz turut memuat naik gambar laporan polis yang dibuat dipercayai ada kaitan mengenai kenyataan bekas isterinya yang berunsur fitnah.