Penyanyi Zila Seeron telah memadamkan foto imej terbarunya yang tidak bertudung selepas dikecam netizen.

Foto tersebut didedahkan sendiri oleh Zila yang kini berambut pendek separa leher dan berwarna ‘blonde’ menerusi entri terbarunya.

Bagaimanapun setelah foto tersebut mendapat perhatian netizen, Zila mula mengambil tindakan dengan memadamkan foto tersebut.

Tidak lama kemudian, Zila telah memuatnaik foto terbaru semalam dengan kapsyen berbunyi:

“Moge arini lebih baek dr Yg sudah2 ..aamin #lookforward #misicariwangbayarhutangygditinggalkan,” tulisnya.

Sehingga kini ruangan foto tersebut menerima komen-komen pengikut IGnya yang masih tidak berputus asa memberikan nasihat kepada penyanyi tersebut.

Antaranya:

@unnisyaz: Biasalah @zilaseeron manusia yg tak takut Allah coz tu senang2 je bukak tudung kan,cam bukak tudung saji.. kadang2 bila ujian berlaku kita sepatutnya semakin dekat dengan Allah semakin dekt dgan syurga tp jadi sebaliknya,buang tudung kerana duniawi, dekat diri dengan neraka dan juga syaitan semoga cepat bertaubat laa sebelum ajal menjemput takut nanti xsempat bertaubat neraka laa tempatmu. So jangan main-main hukum Allah cz semua ada dunia ni milik dia jgn terlampau taksub dengan dunia,nk hari lebih baik dari sebelum ni kenalah dekatkan diri kpada Allah bukn semakin jauh,hari esok2 tu bukan hari terbaik act untuk org permainkan perintah Allah malah hari yg paling menyeksakan yg akn dihitung di padang masyar so klu u islam please laa ingat Allah klu rasa dri tu kafir its up to u.

@epiayasis: Kita manusia mmg tak boleh lari dari buat silap.. Dalam Islam hidayah Allah tu kite kena cri.. Mungkin sis rasa TERPAKSA pakai tudung utk jaga hati org sekeliling sbb tu sis buang tudung dlm gmbr sblm ni(mohon maaf klau sy silap).. xpe sis..jgn rasakan diri itu hipokrit demi menjaga hati manusia lain...kena igt..sis rasa terpaksa bt kebaikan demi jaga hati manusia, secara tidak lgsg sis juga menjaga hati Allah swt ;) elemen "terpaksa" demi melakukan kebaikan akan menjadi "terbiasa" apabila sis buat benda tu tiap2 hari..keep it up bt kebaikan walau rasa diri terpaksa..lama2 akan jadi habit dan InsyaAllah benda tu akn jd ikhlas kerana Allah :)