"Tak Tahu Apa Akan Jadi Kalau Mak Tak Ada"- Janna Nick Hadiahkan Ibu Kereta

Amri Hassan
Januari 15, 2018 09:23 MYT
"Tak ada benda dalam dunia buat Angah happy selain tengok Mak happy. Sebab Angah tak tahu apa akan jadi kalau Mak tak ada," itu antara ucapan pelakon muda Janna Nick sempena ulang tahun kelahiran ibunya baru-baru ini.
Ucapan yang didedikasikan dalam sepotong rakaman video itu bagaimanapun telah mengundang sebak kepada netizen.
Lebih mengharukan, pada majlis sama Janna menghadiahkan sebuah kereta sebagai kejutan hari jadi ibunya.
"Semoga Mak happy selalu, apa yang Angah buat dalam dunia ni hanya untuk Mak. Bukan untuk orang lain," tambah Janna.
Kejutan hari jadi ibunya dirancang oleh Janna bersama adik-beradiknya di sebuah hotel pada 14 Januari lalu.
Sementara itu, usaha Janna membuat kejutan dan menghadiahkan ibunya sebuah kereta itu dipuji netizen.
"Wah! Dah macam cerita My Coffee Prince. Watak sama. Tahniah Mama dapat anak yang baik macam Janna ni," puji @rafiuddin_idris.
"Berkali-kali tengok pun tetap berhabuk mata ni," tulis @uyaaray.
"Bahagia seorang mak apabila anaknya tak lupa mak dalam apa jua keadaan. Sweet sangat. Sedih tengok video ni," tambah @cikkiko.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto & Video: IG @jannanick
#pelakon #Janna Nick #Pelakon #Hari Jadi