Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Tak Tahu Dia Nak Bagi Harapan Kat Siapa" - Zara Zya Ulas Komen Mesra Azlee Khairi Di Instagram

Amri Hassan 13/03/2020 | 04:21 MYT
Pelakon Zara Zya menyifatkan komen-komen yang ditulis Azlee Khairi di Instagram mereka tidak membawa maksud tersirat.
Malah, pelakon yang sedang melonjak naik dengan drama bersiri Seadanya aku itu menjelaskan hubungannya bersama Azlee ibarat keluarga sendiri.
"Berbalas-balas komen di Instagram itu tak selalu pun, kadang-kadang ada kadang-kadang tak pun. Saya tak adalah pula tanya apa tujuan dia tulis komen sebegitu.
"Tak tahu nak bagi hararan kat siapa, saya atau peminat? Tetapi apa yang boleh saya katakan kami selesa berkawan di set dan digandingkan bersama dalam drama.
"Soal peribadi biar dia sendiri yang jawab saya tak nak campur. Dia seperti keluarga saya, gila-gila kalau bekerja," jelasnya.
Zara ditemui ketika Upacara Penutup Kursus Asas Pertahanan Awam (APM) di Akademi Latihan Pertahanan Awam, Sungai Merab, Kajang baru-baru ini.
Zara dan Azlee digandingkan bersama selepas kali terakhir menerusi Love You Mr. Arrogant sekitar tujuh tahun lalu.
"Kami ada keakraban 'on screen' yang sangat kuat. Apabila berlakon pun ada 'give and take' namun kariernya terhenti seketika dan kembali semula tahun ini.
"Saya gembira apabila peminat pun masih menantikan gandingan kami berdua walaupun sudah lebih 7 tahun berlalu.
"Bila kembali berjumpa mula-mula rasa kekok tapi Azlee punyai sifat yang menyenangkan dan mudah bekerja bersama.
"Keserasian kami memang seperti magis tapi hanya on screen sahaja. Habis berkerja kami tidak berhubung pun melalui telefon atau keluar bersama," tambahnya.
Saksikan karya lakonan Zara Zya yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
#pelakon #Zara Zya #Pelakon #Azlee Khairi
;