Apabila tibanya bulan puasa, kebanyakan daripada kita mungkin lebih gemar menghabiskan masa di rumah dan meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga.

Antara aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga tentulah menonton dan menyaksikan rancangan-rancangan menarik di televisyen.

Jika anda bercadang untuk ‘stay at home’ dan bersantai di rumah, jangan lupa saksikan dua filem terbitan Astro Shaw, Alif Dalam 7 Dimensi dan Kimchi Untuk Awak.

Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Menariknya, filem Alif Dalam 7 Dimensi menerima maklum balas positif, khususnya daripada penonton dari Indonesia.

Komen penonton untuk filem Alif Dalam 7 Dimensi:

“Keren banget filemnya, suka!”

“Asyik, boleh tengok movie full”

“Filem lama tapi bagus bangat. Sudah tonton dua kali”

“Nonton sambil tunggu sahur”

“Sebabkan komen yang bagus, tontonlah”

Komen penonton untuk filem Kimchi Untuk Awak:

“Thank you so much Astro Shaw!”

“Wah Astro Shaw bikin lain kasi upload full movie padu”

“Nak lagi filem melayu full movie macam ni”

“Ditunggu filem yang lain”

Informasi:

Alif Dalam 7 Dimensi

Filem ini mengisahkan tentang Aliff lakonan Izzue Islam, seorang pelajar universiti yang memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat entiti paranormal. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti.

Pelakon: Izzue Islam, Alif Satar, Juliana Evans dan Kaka Azraff

Kimchi Untuk Awak

Selepas dua tahun di Korea, Bella lakonan Emma Maembong mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Bella terlanggar Daniel Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Redza), seorang lelaki berdarah kacukan Korea. Dari insiden itu, hiduo Bella mula kacau-bilau!

Pelakon: Emma Maembong, Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Sharifah Sakinah dan Datuk Dira Abu Zahar

BERITA TRENDING: Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!