Pelawak dan pelakon Tauke Jambu ditegur netizen mengenai kesalahan seorang lelaki memakai barang perhiasan daripada emas.

Teguran itu diberi selepas Tauke memuat naik foto merakamkan dirinya memakai perhiasan emas yang terdiri daripada beberapa utas rantai, gelang dan juga sebentuk cincin.

Namun menurut Tauke perhiasan barangan emas itu hanyalah bertujuan untuk sesi penggambaran sahaja.

Namun Tauke tidak menjelaskan sama ada emas yang disarungkan itu adalah tulen atau pun tidak.

“Ini gambar masa shooting tau… Lelaki tak boleh pakai emas. Saja nak tanya lu orang… Rasa-rasa berapa nilai yang wa sarung semua kat badan ni?” tulisnya ringkas.


Bagaimanapun foto tersebut mengundang pelbagai reaksi pengikutnya termasuklah rasa kurang senang dengan perbuatan Tauke itu.

“Tak kisahlah masa shooting ke tak… Dah nabi kata lelaki tak boleh pakai emas… Bukannya terkecuali masa shooting. Adoi,” tegur @khairuddin03_

“Maaf bukan lelaki tidak boleh pakai emas ke @taukejambu2,” komen @msyazwaniarani

“@khairuddinofficial_ prop jer kot... Gila ke apa production nak pkai emas betul… Silap-silap habis shooting, dah hilang wat pajak gadai… Tak gitu pak @taukejambu2,” komen @khairulmikhail

Terdahulu, penyanyi rap kumpulan K-Clique MK juga pernah ditegur mengenai isu yang sama.

BACA: “Kita Masing-Masing Ada Buat Dosa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas