Usahawan fesyen popular, Datin Vivy Yusof akui sememangnya menantikan saat anak-anaknya menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Vivy, jika dia dan suami Datuk Fadza Anuar sudah lengkap dengan vaksinasi mengapa tidak untuk anak-anak mereka.

“Saya memang menantikan saat ini. Meskipun saya dan suami sudah divaksinasi, namun masih ada rasa takut jika virus terkena pada anak-anak kami.

“Ramai yang tanya adakah saya akan hantar anak-anak untuk mengambil vaksin? Jawapanya ya sudah tentu. Maksud saya, adakah ada pilihan untuk itu?

“Kita mahu lindungi diri kita tetapi masih perlu pertimbangkan untuk anak-anak yang terdedah?,” katanya.
Vivy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik beberapa keping foto ketika dua anaknya divaksinasi iaitu Daniel dan Mariam.

Kata Vivy vaksin adalah perkara biasa sejak anak-anaknya kecil dan tidak pernah bimbangkan kesan sampingan kerena mereka lebih kuat dari yang kita fikir.

“Saya hantar mereka untuk vaksinasi sejak kecil lagi, jadi saya anggap ini hanya satu lagi vkasin yang perlu diambil.

“Saya tidak terlalu risau mengenai kesan sampingan kerena kanak-kanak sebenarnya lebih kuat daripada yang kita fikirkan,” katanya lagi.

Berkongsi pengalaman kedua-dua anaknya, Vivy memberitahu mereka berada dalam keadaan baik selepas divaksinasi meskipun pada mulanya ada rasa gementar.

“Bagaimana pun, Daniel dan Mariam sangat baik selepas terima suntikan. Mereka gementar pada mulanya dan Mariam sering kali bertanya kepada jururawat adakah ia menyakitkan dan pura-pura nak ke tandas dulu dan sebagainya, memang drama queen,” ceritanya.

Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, mereka dikurnikan empat orang cahaya mata termasuk dua orang lain Sarah dan Idris.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)