Skip to main content

Berita Tempatan

"Tak Takut Pun Digosipkan Dengannya, Saya Lebih Sukakan Lelaki Yang Tinggi Lampai" - Zahirah Macwilson Nafi Bercinta Dengan Seorang Ahli Perniagaan

zahirah_1.jpg
Pelakon Zahirah Macwilson menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan.

Menurut Zafirah, dia menjelaskan bahawa hubungannya dengan lelaki itu hanya sekadar kawan dan mereka tidak mempunyai apa-apa ikatan istimewa.

"Kami tiada hubungan apa-apa selain saya hanya menganggap dia abang dan kawan.

"Saya tak takut pun digosipkan dengannya disebabkan kami memang sekadar kawan.

"Terus-terang, saya lebih sukakan lelaki yang tinggi lampai,” katanya.

Tambah Zahirah, dia kini terbuka hati untuk menerima cinta baru selepas hubungannya dengan aktor Zul Ariffin putus pada pertengahan Mac lalu.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement