Penyanyi dan pelakon Hasif Upin tidak berhasrat memegang watak besar sepertimana yang diidamkan kebanyakan pendatang baharu.
Sebaliknya dia juga langsung tidak kisah andai ditawarkan hanya watak tambahan dalam sesebuah drama.
Bukan 'terdesak' ataupun asal boleh, tetapi keinginan mendalam dunia lakonan menjadikan dia tidak mahu terlalu memilih dalam soal tawaran yang diberikan.
"Janji saya ada dalam drama atau filem itu, saya tak kisah sebenarnya. Janji ada tawaran berlakon.
"Pasal bayaran saya tak kisah, tetapi janganlah sampai menggunakan seseorang," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Hasif disenarai dalam Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36
Pelakon filem Paku Jawa ini juga mengakui sehingga hari ini dia masih belum menerima mana-mana tawaran berlakon.
"Setakat ini memang belum ada lagi tawaran berlakon. Tetapi kalau ada memang saya tak memilih macam saya katakan," ringkas Hasif.