Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tak Terdesak, Hasif Upin Tak Pilih Watak - "Bagilah Saya Watak Melintas Jalan Pun Saya Terima"

Ernalisa
15/10/2024 08:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Hasif Upin tidak berhasrat memegang watak besar sepertimana yang diidamkan kebanyakan pendatang baharu.

BERITA BERKAITAN : Produksi Paku Tanah Jawa 'Diganggu' Ketika Shooting Dalam Hutan Yogyakarta! - "Ada Babak-Babak Ritual Dilakonkan..."

BERITA BERKAITAN : Ziana Zain Minta Hasif Upin Jangan Layan Haters - "Jangan Goyah, Terus Melangkah!"

BERITA BERKAITAN : “Menggigil, Pucat, Tekak Bengkak…”- Hasif Upin Kongsi Pengalaman Rakam Lagu Dengan Ziana Zain

BERITA BERKAITAN : “Tiada Istilah Menunjuk” - Hasif Upin Bantu Gelandangan Seikhlasnya, Mahu Kongsi Rezeki Milik Allah

Sebaliknya dia juga langsung tidak kisah andai ditawarkan hanya watak tambahan dalam sesebuah drama.

Bukan 'terdesak' ataupun asal boleh, tetapi keinginan mendalam dunia lakonan menjadikan dia tidak mahu terlalu memilih dalam soal tawaran yang diberikan.


"Saya sekarang ini nak sangat kalau ada orang nak ambil saya jadi pelakon. Kalau saya dapat watak kecil sekalipun saya terima... watak melintas pun jadilah. Saya memang tak kisah.


"Janji saya ada dalam drama atau filem itu, saya tak kisah sebenarnya. Janji ada tawaran berlakon.

"Pasal bayaran saya tak kisah, tetapi janganlah sampai menggunakan seseorang," katanya kepada Gempak.


Sebelum ini Hasif disenarai dalam Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36

Pelakon filem Paku Jawa ini juga mengakui sehingga hari ini dia masih belum menerima mana-mana tawaran berlakon.

"Setakat ini memang belum ada lagi tawaran berlakon. Tetapi kalau ada memang saya tak memilih macam saya katakan," ringkas Hasif.

#Watak #Tak #Hasif #memilih
;