Laman Utama

Tak Terfikir Buat Bisnes Makanan Sebab Memenatkan, Emelda Rosemila Kini Jual Pulut Nenek Kebayan - "Nama Tu Mel Dah Lama Park"

Amri Hassan
12/02/2021
04:50 MYT
Pelakon Emelda Rosemila antara usahawan yang kini berjinak-jinak dalam perniagaan makanan.
Berkongsi minat terbaharunya, kata Emelda, dia tidak menyangka bakal menceburkan diri dalam perniagaan terbabit.
"Mel tak pernah imagine pun nak buat food bisnes sebab memenatkan, pastu banyak hal dia. Tapi dah break shooting almost 2 months dengan PKP lagi, restless lama sangat duduk rumah.
"Kawan-kawan suruh Mel buat something ,time orang duduk rumah food bisnes paling laju. Nak kena masak ke? lama pikir tau hahaha, nak jual apa? hmmm..
"Memandangkan Mel suka makan pulut dengan rendang Perak, pehtu pulut n rendang Mel memang special sikit, buat pulut je lah.
"So Mel masak dulu few times buat food testing, bagi Masterchef mama dengan family rasa, pehtu dorang semua komen dan bagi green light, memang pun niat dalam hati sambil masak bisnes, sambil sama-sama share rezeki dengan kawan-kawan lain," katanya.
Menamakan bisnes makanannya sebagai Pulut Nenek Kebayan, kata Mel relevan memilih nama tersebut disebabkan ilmu yang ada pada sosok yang sinonim dalam legenda Melayu.
"Jangan lihat Nenek Kebayan tu as benda yang negatif, pandang dan lihat nenek kebayan sebagai satu sosok yang penuh dengan petua-petua tradisi.
"Nama tu memag Mel dah park untuk food bisnes Mel dah lama, cuma belum start sebab bila shooting, dah busy semua on hold.
"Alhamdulillah, walaupun memang sangat memenatkan, sebab tak pandai masak banyak, tapi bila orang order banyak, puji makanan sedap, penat pun hilang.
"Tak perfect, tapi dapatlah rasa air tangan Mel yang tak seberapa ini.
"Masakan Mel nie dibuat dengan penuh kasih sayang, ramuan berkualiti dan bersih InshaaAllah. Mel pun dah upgrade peralatan hebat, semua dah besar-besar sebab order berterusan, kena cari formula memudahkan kerja," kongsinya lagi.
Selain Mel, beberapa selebriti tempatan lain yang turut menceburkan diri dalam perniagaan makanan ialah Zara Zya, Shima Anuar dan Sherry Alhadad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ini Rupa-Rupanya Makanan Yang Jadi Punca Influencer Thailand Tersedak, Koma & Meninggal Dunia!

gempak
13/06/2022
05:40 MYT
Hati-hati bila makan!
Laman Utama

Eh Love! Layan Feeling Dukun Diva Dengan Lilin Aroma Lampu Cherita & Love 18C Chocolate

gempak
04/12/2021
12:50 MYT
Makan coklat dan pasang lilin aroma sambil layan Dukun Diva nanti gais!
Laman Utama

"Sedihnya...Ada Yang Nak Bayar" - Emelda Rosemila Ikhlas Bantu Peniaga-Peniaga Kecil

gempak
05/07/2021
02:40 MYT
Pelakon Emelda Rosemila akui sedih dan terharu kerana terdapat segelintir peniaga kecil yang mahu membuat bayaran untuk promosi perniagaan mereka di akaun Instagram miliknya.
Hiburan

"Di Sinilah Ku Discover Jodohku" - Emelda Dedah Bibit Cinta Dengan Adlin, Hati Terpikat Dengan Watak Sultan Mahmud Melaka Dalam PGL

gempak
24/11/2020
04:35 MYT
Alhamdulillah, perkahwinan Adlin dan Emelda kekal 15 tahun...
Hiburan

"Shooting Stop, Tak Ada Kerja Tak Ada Gaji!" - Emelda Rosemila Risau Tiada Insentif Dari Kerajaan Untuk Anak Seni

gempak
26/03/2020
03:45 MYT