“Tak Tiru Ola Bola, Filem Ni Dah Dirancang Lapan Tahun Lalu”- Pengarah Suatu Ketika
Mya Amri
05/09/2019 09:57 MYT
05/09/2019 09:57 MYT
Penerbit dan pengarah Prakash Murugiah menjelaskan filem terbaru arahannya, Suatu Ketika tidak mengambil inspirasi daripada filem pecah panggung, Ola Bola.
Menurut Prakash, perancangan untuk Suatu Ketika telah pun dilakukan sejak lapan tahun lalu.
“Filem ini tidak mengambil ilham daripada Ola Bola, sebaliknya skrip Suatu Ketika juga telah dilakukan sejak lapan tahun lalu.
“Saya memilih untuk mengetengahkan filem mengenai bola kerana kita semua tahu sukan bola sepak adalah yang paling terkenal diseluruh dunia.
“Memang kita ada sukan badminton, squash dan sebagai tetapi semangat yang menonton itu tidak sama seperti bola.
“Semangat bola ini lain sedikit, kalau pergi ke stadium dan mendengar beribu-ribu orang bersorak pun sudah cukup membuatkan kita meremang. Boleh rasa vibes yang sangat berbeza,” jelasnya.
Suatu Ketika yang dibintangi oleh Nam Ron, Pekin Ibrahim, Syafnida Shuhaimi dan Farah Ahmad ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 12 September ini.
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak kampung dari Sekolah Ujung Pasir menghadapi pelbagai rintangan membentuk sebuah pasukan bola sepak untuk bersaing dalam kejohanan JG Davidson Cup bagi melawan juara bertahan iaitu Sekolah Inggeris St. James.