Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, mengakui kesal dengan sikap sesetengah orang yang memandang serong pada golongan mat motor.
Menurut Cat, orang ramai harus mempunyai fikiran terbuka dan jangan mudah untuk menggelar seseorang itu sebagai mat rempit.
"Masyarakat zaman sekarang ini bila nampak orang naik motor je mesti akan panggil seseorang itu sebagai mat rempit.
"Takkan ayah saya kalau pergi masjid naik motor akan dipanggil mat rempit juga.
"Memang tidak dinafikan juga ada sebilangan mat moto yang merempit tapi takkan kerana mereka semua orang akan dikaitkan dengan aktiviti negatif itu.
"Disebabkan itu, saya dan beberapa orang rakan tampil dengan sebuah kelab motosikal, Spark Malaysian Club (Spark) bagi membukti mat motor bukanlah mat rempit sebaliknya kami juga punyai visi dan misi dalam kehidupan sama seperti orang lain," katanya kepada Gempak.
Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Riders Gathering SPARK, di Nenda by Sarimah, baru-baru ini.
Hanya menggenakan yuran tahunan sebanyak RM10, Spark akan menjalankan satu acara besar-besaran yang akan berlangsung pada 2 Mac ini iaitu All Riders Gathering (ARG) Spark Malaysian Club di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Spark Malaysian Club yang mula ditubuhkan pada penghujung tahun lalu itu setakat ini telah mengumpulkan lebih 4,000 ahli dari serata Malaysia dan disertai oleh golongan mat motor daripada pelbagai latar belakang.
Rozaimi Zubaidi
Thu Feb 21 2019


“Saya Mengkagumi Bakat Dia…”- Profesional, Ellie Suriaty Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Suami
dia telah pun berpindah ke rumah yang...

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?
Wah hebat!

#OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya
Lepas ni gambar kita pun dah setanding influencer lah kome hehe.

Tengah Borak Fasal Dendam Seorang Isteri Dengan Nad Zainal, Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?
Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?

Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.