Pelakon Tania Hudson mendedahkan bilangan pengikutnya di media sosial berkurangan disebabkan dia sendiri yang bertindak memadamnya.

Menurut Tania dia mempunyai sebab tersendiri kenapa melakukan sedemikian namun tidak perlu dikongsikan.

Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya.

"Buat siapa yang tanya kenapa followers sikit?

"Tak laku ke? Tak famous ke? Dan macam-macam.

"Like most of you yang not even social influencer tapi gila glamour & gila followers like its all that yang takkan bawa masuk kubur & malaikat tak tanya berapa followers kau ada.

"I don't care. I deleted my 300k followers the last time and I have my reason which I don't have to justify," tulisnya.



Tambah pelakon filem Abang Long Fadil 2 berkata dia bukan seorang yang tidak penyabar apabila menyuarakan sesuatu.

"People please chill. When I voice out or say something.

"Doesnt mean Im not patient, negative or sad. I am perfectly fine & positive," tulisnya lagi.



Sekadar info, Tania mula aktif di industri hiburan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.