Hiburan
Takkan Bosan Di Rumah! Astro Bawakan Enam Program Gaya Hidup Sempena Lebaran Untuk Anda Semua
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.
Sudah semestinya masih ramai yang memilih untuk kekal berada di rumah ketika musim perayaan ini bagi mengelak risiko jangkitan wabak COVID-19.
Meskipun meraikan lebaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun itu tidak menghalang anda untuk berhibur di rumah masing-masing.
Mari kita semak enam rancangan gaya hidup yang bakal ditayangkan di beberapa saluran Astro sempena Aidilfitri ini, bolehlah anda berhibur dan menghilangkan rasa bosan di rumah.
1. Rasa Nostalgia Aidilfitri
23 Mei, Sabtu, 6.00 petang, Astro Prima & Prima HD
Episod Istimewa Raya kali ini menampilkan persiapan tuan rumah Chef Wan menyambut lebaran sementara anak-anaknya sibuk dengan jadual masing-masing. Awal Ashaari juga diundang selaku tetamu jemputan untuk merasa hidangan daripada Chef Wan sambil berkongsi nostalgia raya yang tak dapat dilupakan.
2. Sembang Raya #dudukrumah
23, 24 & 28, 29 Mei, 10.00 malam, Astro Warna & Warna HD
Rancangan bertemakan raya di perantauan, Datuk AC Mizal berbual bersama selebriti yang beraya di luar negara.
3. The Cuba Show Edisi Raya
24, 25 Mei, 1.30 tengahari di Astro Ria & Ria HD
Ikuti pengembaraan Han Byul untuk pulang ke Malaysia bagi menyambut raya bersama Jihan Muse dan Fad Bocey.
4. Mingguan Wanita S3 Raya
25-28 Mei, 12 tengahari, Astro Prima & Prima HD
Istimewa Mingguan Wanita Aidilfitri membawakan empat tema berbeza sambutan raya dalam suasana dan norma baru bersama Sharifah Shahirah, Datin Maria Arsyad, Nora Ariffin, Hazama, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan ramai lagi.
5. Pung Pang Rizalman Raya
26-28 Mei, 1.30 tengahari di Astro Ria & Ria HD
Nak tahu apa istimewa menu raya Datuk Rizalman tahun ini? Nantikan resipi turun temurun dari pereka fesyen tersohor ini!
6. Romantika Raya
27-29 Mei, 12 tengahari, Astro Ria & Ria HD
Pasangan selebriti tanah air berkongsi kisah cinta mereka di sebalik lensa kamera dalam rancangan ini.
Semoga anda semua terhibur, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca Gempak!