Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri akui terkilan dengan tindakan pelakon Niezam Zaidi dan dua kru telefilem terbarunya selepas mereka ditahan positif dadah.

Menurut Syafiqa, dia kini menyerahkan semua kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Sebenarnya babak Niezam satu dua saja, tak banyak, sangat sikit.

“Saya dah inform lepas habis boleh terus balik, tapi ye lah semua ni di luar jangkaan, dia still di Kuala Kangsar.

“Dia masih stay dekat homestay kami shooting, dengan pengarah dan kawan baiknya together do the same thing,” katanya.

Menyentuh isu pengarah pula, Fiqa juga akui kecewa apabila usahanya untuk membantu individu tersebut membuat ‘comeback’ di balas dengan kejadian sebegini.

“Saya pilih dia sebab nak dia buat comeback. Tak tahu pula dia terlibat dengan benda-benda ni lagi.

“Dia bagus untuk teruskan show ni, lagi pun show ni legend punya show. Kita ada reason kenapa pilih dia.

“Bila jadi macam ni i serik, memang akan ganti pengarah dan i tidak akan ambil lagi dia, kawan baiknya dan pelakon itu,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambahnya, dia juga akan mengambil langkah berhati-hati untuk memilih barisan pelakon dan pengarah untuk drama pada masa akan datang.

“Untuk future drama, kami memang akan berhati-hati pilih pelakon, pengarah.

“Buat masa ini kami serahkan sepenuhnya pada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“I takkan ke sana, ikat jamin ke apa. Kita dah bagi dia peluang untuk kerjasama tapi dia pula buat macam tu.

“Tak kot takkan ambil dah kot,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.

Terdahulu, seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.

Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

BACA : Positif Dadah! Pelakon Lelaki, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan Dalam Satu Serbuan Di…