“Takkan Kita Nak Pergi Pasar Borong Pakai Macam Ni Kan?” - Prince Syed & Isteri Melaram Bertempat
Izwan Isa
26/01/2024 01:55 MYT
26/01/2024 01:55 MYT
Selebriti TikTok, Syed Syahid atau lebih dikenali dengan panggilan Prince Syed dan isteri sanggup berhabis sehingga RM9,000 semata-mata mahu mengikut tema acara yang dihadiri.
Syed berkata, sungguhpun persalinan yang digayakan merupakan persalinan mix and match namun, dia tetap menghabiskan masa sekitar dua minggu untuk menyiapkan kostum berona emas lengkap bersayap itu.

BERITA TRENDING: Kasihannya! Lelaki Ini Kena Reject Gara-Gara Jemput Dating Naik Kereta MyVi - "Ni Bukan Taste Aku, Jatuh…
“Memang kalau ada apa-apa jemputan ke mana-mana acara, saya akan jahit sendiri dan isteri saya jadi tukang peraga.
“Untuk acara kali ini, saya siapkan persalinan ini dalam masa dua minggu. Dari segi kos pula, ia menelan belanja RM8,000 hingga RM9,000 tidak termasuk aksesori,” katanya kepada Gempak ketika majlis pelancaran Che Ta Glow di Petaling Jaya pada Rabu.
Prince Syed menambah, bukan selalu dia dan isteri melaram sedemikian. Dia dan isteri hanya tampil ekstra ketika menerima jemputan untuk menghadiri acara.
“Kita tampil ekstra sebab ikut tema. Che Ta jemput menghadiri acaranya jadi kami ambil keputusan untuk tampil berbeza.
“Kalau tengok komen, hari-hari orang cakap kita ni over. Kalah orang yang nak ke pesta. Tapi pada kami, kami selesa dengan apa yang digayakan. Bukan selalu dan kita pakai ikut kesesuaian.
“Expectation orang macam kita pakai macam ni setiap hari. Tapi sebenarnya tidak. Hanya pergi event sahaja. Takkan kita nak pergi pasar borong pakai macam ni kan,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Taubat Jadi Pondan, Lelaki Nikahi Teman Wanita Lepas 8 Bulan Bercinta
Terdahulu, Prince Syed atau Syed Muhammad Shah Hasif pernah tular di media sosial kerana menjahitkan 30 pasang baju untuk isterinya untuk diperagakan sepanjang bulan Syawal.