Pelakon yang juga Pencetus Ummah (PU), Rizz berkongsi pengalaman melucukan apabila menjadi bahan sindiran kanak-kanak gara-gara tidak tampil bergaya seperti imej kebanyakan artis ketika keluar rumah.

Rizz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 24, berkata, dia berdepan situasi tersebut ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah dengan hanya memakai selipar murah.

"Semalam pergi ke pusat beli-belah. Tapi aku macam pakai biasa je lah dan pakai selipar. Jadi, naiklah lif terserempak dengan satu keluarga ni.

"Selepas itu, ibunya macam berbisik dengan anak-anak dia 'pelakon ni pelakon'. Lepas tu anak dia kata, 'Ye ke pelakon?' Kemudian mak dia tanya kenapa, budak itu balas, 'Takkan lah artis pakai selipar asadi'," tulis Rizz yang berkongsi hal tersebut di Instagram.

Just to brighten up your day

A post shared by RIS ISMAIL (@pu.riz) on


Bahkan, katanya, dia tidak pernah kisah hanya berjalan dengan menyarungkan selipar, asalkan ia memberikan keselesaan kepadanya.

"It's okaylah dik I selesa pakai asadi ni. Namun, selepas lif kami sampai di aras yang sama, kami keluar dan mengambil gambar bersama-sama," ceritanya.

Perkongsian Rizz itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan golongan artis juga menjalani kehidupan sama seperti insan lain.

"Artis pun manusia biasa.

"Tun M pun pakai Bata je ustaz," antara komen balas netizen.