Penyanyi Datin Alyah telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Alyah bersama ahli keluarga suaminya, pengarah muzik Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.

"Happiness," tulisnya secara ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Alyah gembira melihat pasangan ini bergambar bersama.

Namun, terdapat seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan kedudukan Alyah yang kelihatan jauh daripada suaminya.

Alyah tidak berdiam diri malah terus membalas komen netizen tersebut.

"Apo hal jauh bona tu datin?" tulis netizen itu.

"Takkan nak duduk atas riba pulak. Tak bergambar kata macam-macam dah bergambar masih macam-macam.

"Adoii pening. Cer baca instagram story saya pulak," balas Alyah.

Peminat itu turut membalas respon pelantun lagu Jutaan Purnama ini.

"Sorry. Baru nak gurau dengan datin. Minta maaf banyak-banyak," tulisnya lagi.



Menerusi Instagram Stories miliknya, Alyah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang tidak pernah berpuas hati dengannya.

"Post gambar sedih kena hentam, post gambar happy pun tak boleh.

"Agaknya korang ni memang nak tengok orang terjun gaong ke apa????

"Patutla agong pun tutup akaun. Duniya duniya. Ramainya orang busuk hati subhanallah," luahnya.



Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan Ramli di Indonesia pada 18 Mac 2013.

Happiness ???

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on