"Takkan Nasi Goreng Bodoh Macam Ni Jatuh Sampai RM11 Lebih ..." - Fiza Abdul Halim Bengang Harga Makanan Tidak Masuk Akal!

Zulaikha Yusof
Disember 10, 2018 02:38 MYT
Pelakon Fiza Abdul Halim meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran makanan yang tidak berbaloi oleh sebuah restoran.
Menurut Fiza, dia hanya mengirim nasi goreng cina tanpa sayur dan ayam untuk anak-anaknya.
Fiza mengaku dia terkejut apabila mendengar harga nasi goreng cina daripada sepupunya.
Pelakon Nana Tanjung itu berpesan kepada pihak yang berkenaan supaya lebih memantau sikap pekerja mereka.
Rata-rata pengikut Fiza di Instagram (IG) tidak bersetuju dengan harga yang telah dikenakan malah menyuruh Fiza membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
#pelakon #Pelakon #Fiza Abdul Halim