"Takkan Rakan Lain Berjuang, Saya Duduk Rumah Buat Dalgona Coffee?" - Dr Say Nekad Jadi Frontliner Walaupun Dihalang Oleh...

Hanafis Haris
April 23, 2020 12:30 MYT
Pengacara My Doctors, Dr Say Shazril berkongsi kisah mengenai ibu bapanya yang sebelum ini tidak membenarkan dia menyertai barisan 'frontliner' dalam membanteras COVID-19.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya.
Menurut Dr Say, pada awalnya dia tidak mendapat kebenaran ibu bapanya atas alasan tugas itu terlalu bahaya dan berisiko terutamanya terhadap isteri dan anaknya.
"Sebulan lepas sebelum saya isi borang untuk sukarelawan saya bagitahu parents niat untuk volunteer, tapi mereka reject.
"Mereka kata terlalu bahaya untuk anak dan isteri. Saya tahu saya patut dengar nasihat ibu bapa tapi kalau one day saya ditanya 'where were u when your country need u most? apa saya nak jawab?
"Saya doktor, freelance pula tu takkan saya nak tengok je rakan sejawat bertungkus-lumus sedangkan saya duduk rumah ber-dalgona coffee? Atas sebab ni saya terpaksa tolak tepi larangan parents," katanya.
Tambahnya, pagi kelmarin dia telah mesej kedua ibu bapanya untuk memulakan misi sukarelawan.
"Pantas mak saya reply 'praises to your kind volunteerism, just make sure you take very good care of yourself.
"Berair mata saya. Bayangkan parents saya yang pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan saya & orang sekeliling akhirnya akur dengan keputusan saya.
"Saya pasti kita semua dah penat & meluat dengan COVID ni. Kita nak dia berakhir dengan cepat supaya kita dapat berjumpa yg tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa & beraya bersama," katanya.
Terdahulu Dr. Say melahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasratnya untuk menjadi sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan akhirnya tercapai.
Menurut Dr. Say dia telah ditempatkan di kawasan zon merah iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan telah memulakan tugasan pertamanya kelmarin.
BACA: “Selama Ni Tengok Berita Je, Tup-Tup… “Dr Say Kongsi Pengalaman Pakai PPE, Jadi Frontliner Red Zone
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Dr Say #COVID 19 #PKP