Skip to main content

Berita Tempatan

"Takkan Semua Nak Jadikan Bahan Membawang" - Noorkhiriah

noorkhiriah.jpg
Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa kesal apabila setiap perkara akan dijadikan isu oleh netizen di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berharap agar orang ramai lebih berfikiran terbuka dan tidak terlalu cepat menghukum.

"Dilarang membawang, happy-happy sudahlah korang takkan semua nak jadikan bahan membawang. Be happy.

"Tak ada apa yang mengembirakan selain hati yang happy bersama geng shooting like family.

"Even krew sekalipun ginilah kita orang, no kasta-kasta dan bergerak by team bukan solo.
 

"Nak solo-solo wat monolog. Happy family #Nur2. Sikit hari lagi dah nak finish. Gonna Miss you gais," tulisnya.

Menerusi ruang komen, rata-rata mengakui tidak sabar untuk menyaksikan drama tersebut dan berharap agar Noorkhiriah tidak mengambil pusing mengenai apa yang dikatakan oleh netizen.
 

Must-Watch Video

Advertisement