Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mendedahkan tidak akan menerima sebarang tawaran berlakon serta penerbitan filem atau drama sepanjang pelantikannya.
Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48, Hans ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dengan tugasan yang dipikul sebagai seorang pengerusi.
"Sebenarnya, saya hanya mahu bekerja setahun sahaja namun Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM), Gobind Singh melanjutkan sehingga dua tahun.
"Sepanjang tempoh dua tahun saya tidak akan menerima tawaran berlakon serta penerbitan filem atau drama sepanjang tempoh menjadi pengerusi.
"Tak adil jika saya berlakon dan dalam masa yang sama saya bertugas sebagai Pengerusi FINAS. Sekarang ini saya tidak ada kepentingan dengan mana-mana pihak.
"Saya ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dengan tugasan yang dipikul kerana tidak ingin ada agenda yang bercampur," katanya kepada Gempak.
Hans ditemui ketika sidang media kunjungan rasmi di pejabat FINAS, Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Turut hadir di sidang media itu ialan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nazdri, Presiden Persatuan Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Abdul Halim.
Tambah pelakon filem Cuci ini, dia mengambil masa empat bulan kerana sedar masih banyak perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan peribadinya.
"Dalam kehidupan peribadi saya, ada banyak perkara yang ingin saya lakukan.
"Namun, demi memperjuangkan kebajikan rakan seperjuangan lain yang hidup melarat ia menjadi titik tolak atau faktor menerima pelantikkan tersebut.
"Berbanding untuk fikirkan kepentingan diri saya seorang, di luar sana ada lebih 20,000 penggiat seni di tanah air yang perlu diutamakan kebajikan mereka," katanya lagi.
Mengenai 15 manifesto yang direncanakan, Hans memberitahu ia belum dapat didedahkan buat masa ini dan akan diberitahu dalam masa terdekat.
Zulaikha Yusof
Thu Apr 11 2019


Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/29393824241656678001359_640x390.jpg)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar

Korang Kaki Drama? Korang Berada Di Tempat Yang Betul!

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja