Hiburan

"Taklik Pun Ada Benda Tu Wajib Cumanya... " - Nikah Secara Online, Pengantin Ini Kongsi Momen Berharga! Siap Test Internet Lagi!

gempak
Hanafis Haris
23/04/2020
07:38 MYT
Sponsor Banner
"Taklik Pun Ada Benda Tu Wajib Cumanya... " - Nikah Secara Online, Pengantin Ini Kongsi Momen Berharga! Siap Test Internet Lagi!
Berjaya menamatkan zaman bujang menerusi proses akad nikah secara atas talian atau online, seorang wanita tampil berkongsi momen manis berkenaan.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di twitter peribadinya, baru-baru ini.
Menurut individu tersebut, dia dan pasangannya telah selamat bernikah secara online pada jam 12 pagi kelmarin.
Jelasnya, pernikahan tersebut diurus serta disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Semuanya macam biasa cumanya ia dilakukan melalui video call and tiada salam.
"Taklik pun ada ya, benda tu wajib. Cumanya dibaca dalam video," katanya.
Tambahnya, bernikah online juga mempunya Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Dalam satu video mesti ada 3/4 pihak guna skype. Semua pihak mestilah di tempat yang berasingan. Dah setuju dia akan test pula line internet kita. Macam reheasel lah nak tengok suara jelas, muka clear.
"Bila time lafaz akad pula pengantin lelaki and wali kena lafaz 2 kali untuk pengukuhan nikah ni.
"Lepas tu diikuti dengan bacaan doa dan taklik dari pengantin lelaki. Nikah macam biasa je cumanya kalau time tak dengar suara kena ulang.
"So sekarang kami long distance je dulu nanti habis PKP bolehlah jumpa and terus peluk sebab dah halal," katanya.
Sementara itu untuk pengetahuan, majlis akad nikah di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dilakukan melalui sidang video mulai dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu diberikan dengan syarat bakal pengantin sudah mendapat kelulusan khas jabatan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live