Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa pencarian diri yang mengusutkan sepanjang tempoh tidak berhijab tahun lepas.
Ceritanya, hidupnya tidak tenang dan adakalanya berdepan ketakutan luar biasa terutama ketika berada di luar rumah.
"Saya trauma! Hari-hari tak tenang, rasa seperti hidup dalam neraka bila keluar tak pakai tudung.
"Rasa macam semua orang nak bunuh saya!
"Kadang-kadang ketakutan itu jadi ekstrim sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takut.
"Bila cerita pada orang lain semua tak faham. Sampaikan ada masa menangis seorang diri.
"Macam nak kiamat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun," ceritanya kepada Gempak.
Hinggakan pada satu masa kata pelakon Ariana Rose itu dia melulut di hadapan ibunya memohon keampunan.
"Siapa saya nak lawan takdir Allah? Memang kenalah padahnya...
"Setiap kali balik rumah saya akan melutut depan ibu saya minta maaf. Situasi itu buatkan saya betul-betul insaf," tambahnya.
Hijrah kedua Fathia sejak Mac lalu membuka perspektif baharu dalam hidupnya.
"Kalau boleh saya nak istiqamah kali ini, semoga Allah tetapkan iman saya dan tak bolak-balikkan hati saya.
"Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar?
"Dan pada waktu itu perlahan-lahan saya muhasabah diri, berfikir sedalam-dalamnya," katanya yang mengikuti kem kerohanian dan jati diri selama tiga bulan sejak awal tahun lalu.
April 2019 Fathia mengejutkan ramai apabila mengakui dirinya membuka tudung selepas berhijab pada April 2016.
Amri Hassan
Tue Jun 16 2020


Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan