HIBURAN
Pelakon Pukul Isteri Kerana Dihalang Keluar Rumah Selepas Bertengkar
Bintang A Killer Paradox disahkan telah melakukan keganasan dalam rumah tangga apabila dilaporkan telah memukul isterinya pada bulan lalu.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarka agensi, Lee Ji Hoon telah mengasari isterinya di kediaman mereka di Bucheon, Korea Selatan.
Ji Hoon mengasari isterinya selepas mereka bertengkar pada 24 Julai lalu. Pelakon itu didakwa mahu meninggalkan rumah selepas bertengkar namun dihalang oleh isterinya.
Hal itu yang membuat Ji Hoon kemudian memukul wanita tersebut, lapor Soompi.
Wanita itu bagaimanapun tidak melaporkan insiden tersebut sebagai satu jenayah namun mengaku berlaku kekasaran dalam rumah tangga selepas mereka bertengkar.
“Hello, ini Y.ONE Entertainment. Betul aktor yang dilaporkan terlibat dengan kes keganasan rumah tangga baru-baru ini adalah pelakon Lee Ji Hoon.
“Insiden berlaku semasa mereka bertengkar. Isterinya menelefon polis dan pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan.
“Tidak ada kejadian serius yang berlaku. Isterinya juga tidak mahu membuat dakwaan dan kes itu telah ditutup.
“Terima kasih kerana prihatin. Lee Ji Hoon dan isteri mengambil pengajaran daripada kejadian itu,” tulis kenyataan yang dikeluarkan agensi.
Aktor berusia 46 tahun itu berkahwin pada 2021 dan kini memiliki seorang anak.
Must-Watch Video